Cara Menukar Header Blog Wordpress
March 1, 2008
Salam sejahtera,
Hari ini saya ingin tunjukkan bagaimana mengubah header blog wordpress anda.
Lihat di dashboard wordpress di admin panel anda. Pergi ke menu Presentation dan klik pada theme Editor.
Biasanya secara default, anda akan nampak syle.css. Pada style.css inilah dimana anda akan nampak segala kod-kod yang membolehkan anda mengubahsuai blog anda.
Tapi sebelum itu, saya mahu anda lihat pada sidebar sebelah kanan iaitu theme files dan klik pada ‘Header’ file. Scroll ke bawah dan lihat pada:
<div class=”header”>
Jadi di sini terkandungnya image header anda. Dan lihat bagaimana header.php anda menggunakan class ‘header’ dari style.php. Ada sesetengah themes yang menggunakan class nama berbeza bagi bahagianheader, jadi pastikan anda periksa dahulu nama class yang digunakan pada header blog anda.
Kemudian pergi semula ke bahagian style.css dengan klik pada fail tersebut di sidebar kanan. Kita akan cari nama class ‘header’:
.header {
Dan lihat terdapat bahagian:
url(img/header.gif)
Jika terdapat .gif atau .jpg, maknanya itu adalah gambar header anda sekarang.
Upload header baru anda ke website anda dan ubah nama image dan lokasi jika lokasi anda upload dan nama yang diberikan pada image header baru anda adalah berbeza dengan yang lama.
Lihat pada saiz yang diletakkan iaitu pada witdh dan height. Pada width dan height anda boleh ubah saiz tesebut untuk ikut kesesuaian header baru anda. Mungkin saiz header anda lebih besar dari header lama, jadi boleh ubah pada width dan height.
Kemudian boleh terus save.
Bagimana nak buang text di atas image header?
Sila lihat video di bawah untuk lebih jelas..
Popularity: 62% [?]










salam luvlee..
Thanks 4 the tutorial video.. act, dh lama pening cari cara nk hilangkn tulisan atas header..
thanks again.. semoga your bizz succesfull!!
erm tgh tunggu testimoni..tp mmg product ni super bagus, tgh kumpul modal nak beli ni..kekek takde diskaun ke utk sy?kekek
Thanks 4 the tutorial. Simple nye la. Puas pikir camne.
Akak tau tak link feed rss saya prob la. Kat http:makmalcyber.com..
Tolong ye if tau pe prob..
Erm..cube cek balik feedburner account adik, jgn ada double account sebab sebelum ni akk pernah kena problem camnih disebabkan ada dua feeds, so delete yang tak guna, baru ok.