Video Tutorial Percuma
February 5, 2008
Salam sejahtera,
Pelancaran Squeeze Page Grafik Jualan memang menggalakkan. Tentu ramai yang sudah mendownload dan melihat video tutorial percuma selepas mendaftar di squeeze page Grafik Jualan.
Apa pendapat anda mengenai video tersebut? Saya cuba kecilkan saiz video tanpa menjejaskan kualiti bunyi dan paparan. Video ini hanya khas untuk yang mendaftar sahaja kerana selepas pelancaran produk, video ini tidak akan diberikan lagi.
Jadi bonus bagi yang mendaftar, andai saya membuka peluang Resell Rights, anda dapat menjual sekali video ini;) Sekiranya ada apa-apa komen atau cadangan bolehlah berkongsi di sini. Bagi yang belum mendaftar, silalah ke Squeeze Page Grafik Jualan
Popularity: 43% [?]










Sebenarnya, saya adalah seorang peminat setia luvlee. Dengan kata lain, saya meminati hampir kesemua inspirasinya menghasilkan design-design yang berkualiti tinggi. Saya telah banyak kali menggunakan khidmat beliau untuk menghasilkan design saya. Kesabaran beliau menghadapi karenah saya (saya seorang yang agak cerewet menginginkan sesuatu design), amatlah saya kagumi. Oleh sebab itu, saya tidak pernah mengupah designer lain. Jadi, bila luvlee memberitahu beliau akan mengeluarkan produk asli daripada idea-idea beliau, saya tidak sama sekali menyangkal lagi bahawa beliau ingin berkongsi ilmu pengetahuan beliau kepada kita semua. Untuk pengetahuan luvlee, saya tentunya akan membeli produk beliau. Peluang sebegini sukar didapati memandangkan video tutorial ini disampaikan dalam bahasa melayu dan kita boleh mengikuti langkah demi langkah. Saya pasti ingin mencantikkan lagi web saya mengikut citarasa saya sendiri. Bagi saya, ilmu pengetahuan sebegini lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan. Hehehe.. jangan marah ye luvlee, tapi ilmu pengetahuan sebegini boleh digunakan sampai bila-bila dan pastinya bagi yang membelinya akan mendapat manfaat berterusan. Banyak lagi yang saya ingin perkatakan tentang hasil kerja luvlee dan kebaikan hati beliau. Tapi, cukup setakat ini untuk kali ini. Semoga levlee terus berjaya dengan kerjaya beliau dan terima kasih kerana membantu anak bangsa sendiri menginspirasikan idea-idea yang hebat.
Wah!..hehehe..terima kasih for supporting me Pui..boleh jadikan testimonial ni:)
salam,
saya dah download video tu. bila dimainkan dengan quicktime player, suaranya macam “megatron” dan tak de gambar. Apa masaelahnya ? Codec tu plak macamana ye? Kalo camni saya kena fikir 2 @ 3 kali .
Waalaikumussalam Paklong,
Masalah macam ini biasanya dari komputer, komputer paklong takde codec yang bersesuaian. Paklong download sahaja codec tersebut yang saya beri pada download page dan install, insyaAllah boleh lihat. Paklong ada Quicktime je ke? Cuba main dengan player windows media atau divx player..
Eh, eh, PakLong ni peminat setia Transformers ke?
Saudari Luvlee,
Tahniah! Video yang memang bermutu dan amat mudah difahami. Saya amat sukakannya. Tak sabar menanti pelancaran Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan daripada saudari LuvMe..errks, sorry tersasul plak..LuvLee..Saya PASTI akan mendapatkannya…Semoga berjaya dan sukses! Tahniah sekali lagi…
Salam kekayaan,
Thinkerich
Salam anak ku Luvlee,
Pak ni baru kenal2 dgn komputer…dan baru bercintan2 dgn internet, tapi zero dlm segala hal, nak buat web xreti… dah download codec dapat gak tgk video tu..tapi xpaham apa2 pun… kesian Pak ni.. nampaknya kene le belajat dari anak tangga 1, apa apa pun Pak akan ikut perkembangan anak ku… salam utk semua.
@Thinkerich - Terima kasih..Salam kekayaan dan kejayaan juga..
@Pak Asyiem - Slow2 lama2 bolehla tu. Saya pun dulu zero, tapi berani mencuba..hingga la sampai ke tahap ini. Ini pun banyak lagi yang perlu diperbaiki. Yang pasti jangan cepat mengalah, nak berjaya memang kena bersusah2 dahulu.
Bila la agaknya produk ni nak dilancarkan? Dalam bulan ni gak ker? Cepat2 la yer, benda yang baik ni tak elok ditangguhkan. hehehehe…
A’ah memang bulan ni jugak..dah nak launch dah..tinggal edit sana sini sinun je lagi..hehehe
Memang ‘detail’ dan mudah difahami. Terima kasih.
hahahaha…. apa-apa aje laaa. pandai laa nak buat promosi yang menarik lagi tertarik…
memang patut mendapatkannya satu. rugi kalo tak dapatkannya…
Bila saya tengok video tu…Perrrrggh, mmg hebat ! Saya suka cara penyampaian LuvLee. Video tu pulak cukup kemas, teratur dan mudah difahami.. Step by step! Biasanya kita tgk produk IM di buat dengan camtasia, tapi yg ni lain dari yang lain..
Setiap hari saya tgk web jualan GrafikJualan.Com…Bilalah nak di lancarkan. Tak sabar nak beli dan praktiskan…
TQ LuvLee..
p/s - boleh ke share camne LuvLee hasilkan video tu dalam format .avi?
Terima kasih Din Beramboi. Ini pun kali pertama saya hasilkan video. Saya memang guna Camtasia. Dan nak convert plak ke avi…camtasia juga:)
nak tanya skit luvlee..camne nak kecikkan saiz video tu ye?
nak kecilkan macamana tu wanwma? saiz MB ke paparan? kalau paparan tarik je kat border tepi video atau pergi ke view.
Hihi. X sabar rasenyer nak tunggu produk ni dilancarkan oleh kak luvlee nanti nak beli lah…
Dah pun dilancarkan:)