Sudah Ramai Yang Mencuba
February 28, 2008
Salam sejahtera semua,
Sudah seminggu pelancaran Video Tutorial Grafik Jualan dan saya sudah mula melihat ramai yang dapat menghasilkan grafik sendiri bagi web jualan. Sengaja saya lancarkan produk ini tanpa testimonial ataupun program affiliate kerana saya mahu orang ramai yang membeli produk ini adalah kerana ingin mendapatkan ilmu yang saya tunjukkan di dalam video ini. Saya mahu anda mencuba langkah-langkah yang saya ajar dan lihat hasilnya sendiri.
InsyaAllah pada minggu hadapan, saya akan mula meletak testimonial-testimonial pembeli yang telah mencuba Video Tutorial Grafik Jualan ini pada web jualan GrafikJualan.com dan anda sendiri boleh melihat mereka semua sudah pun boleh merekabentuk grafik jualan mereka sendiri! Sekiranya anda telah mencuba tutorial dari Video Grafik Jualan, bolehlah berkongsi pengalaman anda:)
Saya juga bakal membuka program affiliate tapi belum pasti sama ada saya akan buka kepada umum atau hanya kepada pembeli grafik jualan. Sememangnya akan banyak perancangan yang bakal menyungsul.
Salam kejayaan.
Popularity: 63% [?]










saya dah beli produk ini. now belum sempat nak cuba.. lagi pun masa nak download file terasa slow sgt2. kenapa ya?
alasan saya beli produk ini adalah kerana saya puashati dengan khidmat design luvlee sendiri.. tak sangka seorang wanita punya bakat hebat. yea!
Terima kasih;)
Memang slow sikit sebab ramai yang download dalam sehari..saya sedang usaha menambah mirrors download bagi setiap video dan bonus. Jadi jika terasa download link 1 slow, boleh guna link kedua. InsyaAllah dah siap akan saya maklumkan dalam email.
Saya baru beli semalam dan dah tengok beberapa video tutorial. So far, memang bagus dan saya telah belajar beberapa trik baru.
Rasanya, RM65 tu berbaloi dgn ilmu dan bonus yg saya dapat.
So, congrats and good job Luvlee!