ClickBank Dan Grafik

April 29, 2008

Seperti yang anda semua sedia maklum, ClickBank telah membuka semula keahlian mereka kepada rakyat Malaysia. Maka terbukalah lagi peluang rakyat malaysia untuk menjana duit di internet. Bagi anda yang tidak tahu apakah Clickbank, anda boleh baca mengenainya di WangCyber.

Anda juga boleh ke website Amirol kerana saudara Amirol ada menyediakan video tutorial berkaitan ClickBank sebagai panduan anda untuk memulakan aktiviti perniagaan di clickbank.

Baiklah, apakah kaitan Clickbank dengan Grafik?

Jawapannya ialah DUIT! Kebanyakkan produk grafik yang dikeluarkan oleh Internet Marketer, mereka menggunakan Clickbank bagi mempromosi program affiliate mereka contohnya seperti FreeMarketingGraphics.com dan MarketingGraphicsPro.

Percayalah, salah satu cara membuat duit di internet ialah mempromosikan produk grafik yang hangat dipasaran. Lihat sahaja grafik-grafik mereka, memang hebat dan meleleh air liur anda bila melihat..apatah lagi pelawat-pelawat website anda. Jadi rugi jika anda tidak sertai affiliate program mereka dan dapatkan komisyen 50%.

Saya dahulu menghadapi masalah untuk mempromosi produk-produk grafik ini, kini tidak lagi bila rakyat Malaysia boleh membuka akaun Clickbank. Apa yang perlu anda lakukan dahulu ialah:

1. mendaftar sebagai affiliate di ClickBank.com.

2. Selepas mendaftar anda boleh pergi ke Clickbank Marketplace dan buat carian produk grafik (atau produk lain pun boleh) .

3. Pilih produk yang anda ingin promosikan dan klik pada ‘Create hoplink’.

4. IsikanClickbank username anda dan tekan ‘Create’. Link affiliate anda akan tertera seperti di bawah:

Kemudian gunakan affiliate anda untuk mempromosikan produk-produk tersebut dan tunggu sahaja duit masyuk…

Antara produk-produk grafik yang terbaik adalah seperti yang saya nyatakan di atas iaitu:

FreeMarketingGraphics.com (Komisyen Jualan $15.89) - Saya dapat satu sale dari sini dalam satu hari baru mempromosikannya di website saya yang berbahasa Inggeris dengan memberitahu bahawa mereka boleh mendapatkan grafik marketing secara percuma. Namun anda akan hanya mendapat komisyen jika pelawat anda bercadang membeli grafik yang ditawarkan pada ‘One Time Offer”: Untuk dapatkan link affiliate, anda perlu register dahulu dan pergi pada profile page anda. Disana, masukkan Clickbank username anda dan tekan update, barulah anda boleh menggunakan link affiliate yang diberi.

MarketingGraphicsPro (Komisyen Jualan $15.27) dan Sales Letter Graphics (Komisyen Jualan $17.51) - Dua produk yang amat cantik grafik-grafiknya dan kedua-duanya fokus pada grafik pemasaran.

Selain itu anda boleh mencari produk-produk lain di Clickbank Marketplace dan ikuti cara mendapatkan link affiliate dengan mengklik pada ‘Create hoplink’ atau pergi sahaja pada produk page dan ikuti arahan untuk menjadi affiliate.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah di ClickBank.com.



Click here to get Free Marketing Graphics

Popularity: 83% [?]

Mari Berkongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blinkbits
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by titan
2008-04-29 19:44:15

hehe. Aku pun dah cuba. Memang dapat sales. Lagi2 kalau dapat graphic best nih. Ramai yang suka..

 
Comment by Hamid Subscribed to comments via email
2008-04-29 21:48:48

Wah..tahniah kak..
baru join dah dapat sale :)

Ni la pertama kali saya join clikbank,
nak cuba hasilnya :)

dia bayar guna apa ye paypal ke?

Comment by Luvlee
2008-04-30 11:45:24

Cuba jgn tak cuba..

Diaorang hantar cek dua bulan sekali tak silap..

 
 
Comment by abdfatah
2008-05-04 12:16:39

yea betul membuat pasaran yang ada permintaan … masyuk dan masyuk…

 
Comment by Manekutau
2008-08-08 19:53:38

Kakak saye mau menawarkan diri untuk jadi affiliate di Clickbank.com.
cume yang sangat menyedihkan saye dieorang hanye memileh negara-negara tertentu aje. Saye sebagai orang Endon tak bise daftar kat dieorang tu, jadi dengan rendah hati saye mau ikut dengan alamat kakak… kalau boleh kakak email saye, kalau tak boleh pun tak ape-ape … thank’s.

 
Comment by mancai
2008-08-09 15:40:26

wah…saya baru register clickbank ni…penin gak nak guna…tapi tak apa pelan2…terima kasih dengan informasi ni.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post