Cheapest-Design Beroperasi Semula!
April 19, 2008
Salam Sejahtera,
Lama betul saya tak mengupdate blog grafik jualan ini. Saya agak sibuk kebelakangan ini menyiapkan beberapa design yang saya agak ketinggalan disebabkan sedikit masalah kesihatan yang saya sedang hadapi…
(Apa! Luvleey kurang sihat? Sakit apakah itu?)
hehe..buat suspen jek..takde yang serius sebenarnya cuma Doktor kata saya kurang mengambil vitamin tambahan menyebabkan apabila petang je, kepala saya jadi sakit atau badan jadi lenguh. Apabila ini terjadi, saya akan mengambil jalan penyelesaian dengan mandi dan lepas maghrib, terus tidur sampai la pukul 2-3 pagi barulah saya bangun untuk meneruskan kerja sebab sakit kepala dan lenguh badan dah hilang.
Biasanya waktu saya tidur selepas maghrib, kawan2 dan clients akan mula menelefon saya. Buat masa sekarang saya tidak akan mengangkat telefon kerana saya ingin berehat secukup2nya dan saya hanya dealing melalui YM (iamluvleey) atau email sahaja. Saya mohon maaf jika ada clients yang terasa, tapi buat masa sekarang saya tidak mahu deal melalui phone. Tinggalkan sahaja pesanan sms dan insyaAllah saya akan reply semula sama ada melalui sms juga atau email.
Tidak banyak yang saya mahu maklumkan di sini. cuma nak mengucapkan thank you, thank you, thank you kepada anda semua yang telah mengundi saya di MinisiteGallery.com untuk BlueWave template dan juga terima kasih for the lovely congrats dari Catzer dan orang ramai. Akhirnya BlueWave template menarik perhatian dan menjadi pemenang.
InsyaAllah pada masa akan datang saya akan menghasilkan lebih banyak free templates untuk MinisiteGallery.com dan saya alu-alukan anda semua untuk mendownload di sana. Minisite2 di sana adalah direka bentuk oleh designer yang hebat2 dan anda boleh download secara percuma sahaja. Kebanyakkan minisite ini disediakan fail format PSD bersama, maka anda boleh gunakan Photoshop (boleh download free trial 30 hari) ataupun mahukan yang percuma gunakan sahaja GIMP (GIMP menyokong format PSD) dan edit minisite tersebut dengan mengubah warna, text, gambar dan apa sahaja mengikut citarasa anda.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada Kidino dan sponsors for the very generous prizes. Saya pasti apa yang saudara Kidino telah laburkan untuk contest ini akan membawa hasil yang lebih banyak kepada saudara kerana apa yang kita beri secara ikhlas dan baik, kita akan dapat pulangan yang jauh lebih banyak dan tanpa disangka2. Bagi pembaca Islam, rajin-rajinlah membaca ayat 1000 dinar (surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga) jadikan amalan dan fahami maksudnya, berusaha dan bertawakal, insyAllah rezeki akan datang dari pelbagai arah yang kita sendiri tidak akan sangka. Hari ini hari Sabtu, jika anda ke pasar minggu, lihat2lah jika ada bakul2 daripada persatuan anak2 yatim atau sebagainya, jika ada dua puluh sen sekali pun atau saki baki duit kita shopping kat pasar malam tu, jangan kedekut untuk memberi atau bersedekah kepada mereka.
Oh ya! Cheapest-Design akhirnya beroperasi semula setelah lama ditutup. Namun tempahan bagi minggu ini masih belum dibuka kerana tempahan telah penuh:-)
Jadi pastikan anda subscribe mailing-list di website tersebut untuk mengetahui maklumat tempahan dari masa ke semasa..
Satu lagi, saya telah menyediakan ruangan berbeza bagi pelawat international dan pelawat dari malaysia. Jadi pastikan anda memilih link untuk pelawat Malaysia agar anda mendapat harga yang berpatutan untuk tempahan grafik.

Semoga kita dapat bekerjasama dan pilihlah Cheapest-Design.com untuk mendapat grafik yang murah dan berkualti (Get More Than What You Pay For!):-D
Popularity: 82% [?]










yaza..sudah lama tutup tp still make money..oklah tu..apapun semoga dpt hasilkan design yg lebih web 3.0 plak