Sudah Ramai Yang Mencuba

February 28, 2008

Salam sejahtera semua,

Sudah seminggu pelancaran Video Tutorial Grafik Jualan dan saya sudah mula melihat ramai yang dapat menghasilkan grafik sendiri bagi web jualan. Sengaja saya lancarkan produk ini tanpa testimonial ataupun program affiliate kerana saya mahu orang ramai yang membeli produk ini adalah kerana ingin mendapatkan ilmu yang saya tunjukkan di dalam video ini. Saya mahu anda mencuba langkah-langkah yang saya ajar dan lihat hasilnya sendiri.

InsyaAllah pada minggu hadapan, saya akan mula meletak testimonial-testimonial pembeli yang telah mencuba Video Tutorial Grafik Jualan ini pada web jualan GrafikJualan.com dan anda sendiri boleh melihat mereka semua sudah pun boleh merekabentuk grafik jualan mereka sendiri! Sekiranya anda telah mencuba tutorial dari Video Grafik Jualan, bolehlah berkongsi pengalaman anda:)

Saya juga bakal membuka program affiliate tapi belum pasti sama ada saya akan buka kepada umum atau hanya kepada pembeli grafik jualan. Sememangnya akan banyak perancangan yang bakal menyungsul.

Salam kejayaan.

Popularity: 63% [?]

Masalah Pada Salah Satu Bonus

February 23, 2008

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, sambutan pelancaran produk ini amat memberangsangkan. Namun saya menghadapi sedikit masalah mengenai salah satu bonus yang telah saya sertakan dalam pakej. Demi isu keselamatan, saya telah membuang software PayLock generator kerana didapati bahawa butang PayPal yang dihasilkan dari generator ini masih boleh di ‘hack’ untuk mendapatkan ‘return url’ walaupun anda sudah ‘encrypt’ butang tersebut.

PayLock boleh di hack

Jadi dinasihatkan kepada pembeli dan anda diluar sana, jangan menggunakan software PayLock Generator ini untuk keselamatan product anda. Dapatkan kod terus dari PayPal untuk lebih selamat.

(Terima kasih kepada saudara Sukeri kerana memaklumkannya)

Popularity: 52% [?]

Pelancaran Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan!

February 22, 2008

Pada hari ini, saya dengan rasminya telah melancarkan produk ‘Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan’! Terima kasih kepada anda kerana telah menyokong saya untuk melaksanakan produk ini.

Lihat ‘Sneak-peak’ apa yang bakal anda dapat dalam video tutorial ini.

Video Panduan sebegini adalah pertama seumpamanya di pasaran Malaysia. Dan ia sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami. Sebahagian besar ilmu, trik dan teknik yang saya gunakan untuk servis design saya telah diperturunkan di dalam panduan ini. Dapatkan sekarang untuk mengetahuinya.
http://www.grafikjualan.com

Popularity: 55% [?]

Video Tutorial Percuma

February 5, 2008

Salam sejahtera,

Pelancaran Squeeze Page Grafik Jualan memang menggalakkan. Tentu ramai yang sudah mendownload dan melihat video tutorial percuma selepas mendaftar di squeeze page Grafik Jualan.

Apa pendapat anda mengenai video tersebut? Saya cuba kecilkan saiz video tanpa menjejaskan kualiti bunyi dan paparan. Video ini hanya khas untuk yang mendaftar sahaja kerana selepas pelancaran produk, video ini tidak akan diberikan lagi.

Jadi bonus bagi yang mendaftar, andai saya membuka peluang Resell Rights, anda dapat menjual sekali video ini;) Sekiranya ada apa-apa komen atau cadangan bolehlah berkongsi di sini. Bagi yang belum mendaftar, silalah ke Squeeze Page Grafik Jualan :)

Popularity: 52% [?]

Akan Tiba! Video Tutorial Grafik Jualan

February 3, 2008

Salam sejahtera,

Hari ini bermulalah pelancaran squeeze page produk Video Tutorial Grafik Jualan. Hampir berbulan-bulan saya membuat persiapan bagi produk pertama saya ini dengan pelbagai masalah dan rintangan (termasuk komputer tua saya meletup!) dan kini ianya pun hampir siap. Terima kasih kepada JV partner saya kerana banyak membantu dalam proses penyiapan pelancaran produk ini. Bila ia akan dilancarkan saya tidak akan beritahu tarikh yang tepat tapi kalau tiada aral melintang saya akan lancarkan dalam dua minggu dari sekarang.

Jadilah orang yang terawal mengetahui pelancaran produk ini dan mendapat diskaun 20% setelah ia dilancarkan dengan menjadi subscriber di sini. Disamping itu anda juga akan dapat satu sampel video tutorial dan grafik-grafik percuma selepas anda subscribe. Ini adalah terhad kerana bila-bila masa sahaja saya akan tutup squeeze page ini. Jadi daftarlah segera!

Produk Video Tutorial Grafik Jualan

Popularity: 48% [?]