Tun Dr. Mahathir Pun Sudah Ada Blog Sendiri
May 9, 2008
Salam sejahtera semua,
Betapa pentingnya penggunaan blog sekarang hinggakan bekas perdana menteri kita, Tun Dr.Mahathir pun sudah ada blog beliau sendiri iaitu di www.chedet.com. Beliau yang hanya menggunakan perkhidmatan blogger dan berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris.

Jika dilihat pada post pertama beliau, maklum balas komen yang diterima ialah sebanyak 1000 lebih!! Pos terbaru beliau iaitu pada hari Rabu, 7 Mei 2008 sudah pun menerima komen sebanyak 100 lebih dalam satu hari dan menerima lebih dari 8,000 jumlah pelawat. Fuh, blog saya sendiri susah nak dapat satu komen
Tun Dr.Mahathir menggunakan blog sebagai medium komunikasi beliau menyampaikan pandangan bersama rakyat Malaysia dan luar negara. Secara tidak langsung beliau membina satu pertalian perhubungan yang lebih rapat antara beliau dan rakyat secara online. Satu artikel beliau boleh disampaikan kepada beribu-beribu rakyat dan rakyat akan sentiasa melawat website beliau untuk mengikuti perkembangan Tun Dr.Mahathir.
Dapatkah anda lihat betapa pentingnya blog? Bayangkan jika anda menggunakan blog bagi medium komunikasi anda bersama pelawat dan pelanggan anda mengenai business dan perkhidmatan anda. Bukankah itu merapatkan lagi pertalian perhubungan anda dengan pelanggan anda dan membina kepercayaan mereka terhadap anda?
Apabila anda dikenali dan dipercayai, mudah sahaja anda mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan online, mulalah mempelajari cara membina blog. Berbanding dengan pembinaan website biasa, pembinaan blog adalah jauh dari lebih mudah hinggakan orang yang tiada asas html, programming dan sebagainya juga mampu membina blog mereka sendiri. Percayalah! apabila anda sudah berjaya membina blog, anda sendiri akan menemui pelbagai fungsi blog dan rahsia menjana pendapatan di Internet melaluinya. Apabila anda aktif dengan blog, anda sendiri akan mengetahui apa itu google adsense, affiliate program, ebook dan macam-macam lagi yang anda sendiri tidak pernah terfikir. Malah anda mungkin boleh menawarkan khidmat membina blog kepada orang ramai kerana anda sendiri telah mempunyai pengalaman membina blog.
Jadi mulalah langkah pertama perniagaan di internet dengan membina blog. 20,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat dibina…Tun Dr.Mahathir pun sudah ada blog sendiri, anda bila lagi?

Popularity: 65% [?]










No comments yet.