Kad Perniagaan salah satu marketing tool?
May 3, 2008
Salam sejahtera semua,
Pagi ini saya telah menerima kad perniagaan atau lebih dikenali sebagai ‘business card” yang saya telah tempah dari Mycreativeprint.com. Memang cantik dan tersusun rapi di dalam card case. Bagi saya RM45 untuk 250 keping adalah terlalu murah kerana sebelum ini pun saya pernah tinjau-tinjau di tempat lain dan harganya jauh lebih mahal. Anda boleh lihat kad perniagaan saya di bawah.

Design kad tersebut adalah design saya sendiri. Jika anda menempah dengan Mycreativeprint.com, anda boleh menghantar design anda sendiri atau biarkan sahaja mereka designkan untuk anda. Anda boleh membaca maklumbalas dari pelanggan mereka di forum WangCyber.
Kenapa Luvlee bersusah payah membuat tempahan kad perniagaan?
Kebanyakan orang menganggap ia hanyalah satu keping kertas yang mempunyai nama, alamat dan sebagainya tetepi sebenarnya kad perniagaan merupakan salah satu marketing tool yang amat penting. Anda berjumpa dengan klien atau pelanggan, anda berikan mereka kad perniagaan anda agar mereka akan mempunyai maklumat kontak anda. Anda pos produk kepada pelanggan, masukkan sekali kad perniagaan anda di dalam bungkusan. Anda pergi ke jamuan, perjumpaan atau seminar, anda berikan kad perniagaan anda kepada setiap orang yang anda jumpa. Lebih banyak kad perniagaan yang ada berikan kepada orang, lebih ramai orang akan membaca kad perniagaan anda dan menghubungi anda apabila mereka perlu perkhidmatan atau membeli apa sahaja yang anda pasarkan..
Tips mendesign kad perniagaan
Saya masih teringat ketika saya masih kecil, ayah saya akan bawa saya ke pejabatnya. Apabila saya di bilik pejabat beliau, saya akan membuka satu laci yang berisi longgokan kad perniagaan dari rakan-rakan perniagaan beliau yang berselerak. Saya akan mula menyusun kad-kad tersebut dan yang pasti saya akan letak kad-kad yang paling menonjol dan menarik perhatian pada satu bahagian, dan satu bahagian lagi adalah kad-kad yang saya rasa tidak menarik. Kemudian sehari selepas itu saya dapati ayah saya telah meletakkan kad-kad perniagaan tersebut di dalam album kad perniagaan beliau dan semua kad perniagaan tersebut ialah dari kad-kad yang paling menonjol yang telah saya susun. Walaupun kad perniagaan merupakan marketing tool yang penting, ia juga seperti seperti grafik, jika ia tidak menarik dan mempunyai ciri-ciri mudah baca dan tidak professional, orang akan mudah lupa kad anda. Jadi jika anda mendesign kad perniagaan, biarlah ia mempunyai ciri-ciri perniagaan anda.
Berikut ialah beberapa tips design kad perniagaan:
1. Logo
Pastikan anda memasukkan logo syarikat anda di dalam design kad. Jika anda tidak mempunyai logo, anda upah sahaja designer yang boleh mendesign logo yang bersesuaian dengan syarikat/produk anda.
2. Satu barisan slogan
Bina satu slogan yang akan membantu orang ramai mengingati perniagaan anda atau apa yang anda jual. Masukkan slogan tersebut di dalam kad perniagaan anda.
3. Masukkan alamat website dan/atau alamat emel anda
Orang ramai pasti ingin tahu alamat website dan emel anda agar mereka dapat mengetahui lebih lanjut mengenai anda/produk atau syarikat. Jika anda takut dengan memberi alamat emel akan menyebabkan spam pada emel anda, bina dua emel, masukkan satu emel di dalam kad perniagaan dan lagi satu emel simpan sebagai private emel untuk berurusan dengan rakan perniagaan atau kawan-kawan.
4. Masukkan alamat syarikat dan/atau no telefon
Seperti web jualan, jika anda masukkan alamat dan no telefon anda, orang ramai akan lebih mempercayai anda anda dan memudahkan mereka untuk terus menghubungi anda melalui telefon.
5. Pastikan kad anda mudah dibaca
Guna tulisan yang tebal dan mudah dibaca. Warna tulisan juga pastikan tidak tenggelam oleh warna latar belakang. Sesetengah orang berpendapat bahawa kad perniagaan yang warna latarnya gelap atau hitam akan lebih menonjol kerana tulisan di depan akan lebih menyerlah. Dan jika anda menggunakan warna sampingan, mungkin untuk border atau sebagai grafik sampingan, pastikan anda menggunakan warna merah kerana warna merah mempunyai lebih daya tarikan dan menarik perhatian.
Anda perlu ingat bahawa kad perniagaan anda bukan sahaja untuk menunjukkan hasil seni anda, ia adalah untuk memaklumkan apa yang ada lakukan dan bagaimana untuk orang ramai menghubungi anda.
Berikut ialah contoh kad perniagaan yang mementingkan hasil seni semata-mata:

Entah berapa tangan yang luka dengan kad perniagaan seperti ini.

Adakah anda akan membawa kad perniagaan ini jika anda pergi ke jamuan atau seminar untuk diberi pada orang ramai?

Sekali tiup dah terbang.
Namun terdapat juga kad perniagaan yang menunjukkan hasil seni tanpa meninggalkan ciri-ciri professional dan kena pada tempatnya..anda nilai sendiri dengan melihat gambar di bawah:

Radio Presenter menggunakan bentuk kad seperti mikrofon.

Doktor gigi menggunakan bentuk gigitan gigi pada kad perniagaannya.

Perkhidmatan membaiki piano menggunakan kad seolah-olah seperti bentuk piano.
Kesimpulannya, sama ada anda seorang designer, peniaga, blogger dan sebagainya, gunalah peluang membuat kad perniagaan kerana kad perniagaan adalah salah satu markting tool offline yang sememangnya berkesan dan memberi lebih keyakinan kepada pelanggan terhadap anda dan perniagaan anda. Berikan kepada setiap orang yang anda jumpa dan jangan takut untuk membazir kad perniagaan. Saya pernah terbaca satu penulisan yang berbunyi: Jangan salahkan produk anda jika tidak terjual tapi berfikirlah, berapa banyak kad perniagaan yang anda telah berikan kepada orang dalam sehari.
Salam kejayaan.
Popularity: 78% [?]










Ada sekotak lagi namecard perlu dihabiskan sebelum sy membuat namecard baru..yes..nak buat design baru gak