Ebook Percuma + 0.25 sen percuma bagi setiap download!
May 13, 2008
Salam sejahtera semua,
Jika selama ini kita hanya mempromosikan ebook percuma dari orang luar dan mendapat bayaran percuma dalam nilai USD bagi setiap orang yang download dari link anda, sekarang pertama dalam sejarah Perniagaan Internet di Malaysia satu program yang memberikan wang percuma kepada sesiapa yang mendownload ebook report yang ditawarkan oleh seorang usahawan internet tempatan!
Saudara Mawardee, baru sahaja melancarkan sebuah ebook report percumanya yang berjudul “Laporan Khas : JV Give Away & Kumpul Prospek” iaitu sebuah laporan mengenai apakah perkara-perkara serta persedian-persedian yang perlu anda lakukan sebelum menyertai acara “give away”.
Bagi anda yang tidak tahu apa itu JV Give Away, ia adalah program di mana anda boleh memberikan produk digital percuma bagi tujuan mengumpul prospek. Saya sendiri telah menerima beberapa jemputan menyertai beberapa program JV Give Away ini, cuma masa tidak mengizinkan. Untuk bulan ini sahaja, saya menerima 9 acara “give away” dan bayangkan jika saya serius, saya boleh dapat lebih kurang 100 prospek dalam satu acara “give away” (mengikut pengalaman)…9 acara..9×100 = 900 prospek..erm..banyaknyer boleh dapat. Apabila saya mempunyai prospek sebanyak ini, mudah untuk saya mengumumkan pelancaran produk dan mempromosikan apa sahaja kepada semua email prospek dengan menggunakan satu klik sahaja dari Autoresponder.
Perkara yang menarik mengenai ebook report ini ialah, saudara Mwardee akan membayar sebanyak RM0.25 bagi setiap laporan yang didownload dari link anda bukan melaui Paypal tetapi melalui bank tempatan. Ye! tak percaya? Tak cuba tak tahu..dan anda pun tak rugi kerana ebook ini adalah percuma, tiada sebarang caj bayaran dikenakan.
Anda hanya perlu mendaftarkan diri di :
Promosikan link affiliate anda di blog, forum, email, chat dan sebagainya tempat
yang anda boleh mempromosikannya.
Bayaran akan dibuat sekitar 15 Julai 2008. Jangan tunggu lagi kerana program ini akan ditutup pada 30 Jun 2008.

Popularity: 61% [?]
Ebook Percuma : Panduan Laman Web Berkualiti + Interview Bersama Smartzul Dilancarkan
May 13, 2008
Saudara Mazlie baru sahaja melancarkan sebuah ebook percumanya yang berjudul Panduan Laman Web Berkualiti. Saya amat suka apa yang diterangkan oleh saudara Mazlie mengenai 6 soalan yang perlu diketahui sebelum anda membina laman web yang berkualiti. Kebanyakkan kita hanya mengabaikan sahaja atau tidak terfikir langsung 6 soalan ini yang merupakan amat penting sekiranya kita ingin membina laman web yang berkualiti. Maka dengan laporan ebook percuma ini, saudara Mazlie telah memudahkan kerja kita dengan menerangkan 6 soalan atau saya lebih suka katakan ‘pelan tindakan’ yang perlu kita sediakan sebelum membina laman web.
Apa yang menarik, bersama ebook ini disertakan juga audio dan ebook Interview Bersama Smartzul. Seperti yang anda sedia maklum, saudara Smartzul atau Mohd Zulkifli merupakan usahawan internet yang tidak asing lagi di negara kita dan beliau telah kongsikan pengalaman dan tips beliau di dalam temuramah ini. Salah satu tips yang beliau kongsikan ialah cara bagaimana menarik pembaca ataupun pengunjung kekal bersama blog beliau. Mesti yang ramai ingin tahu bukan..
Jadi dapatkan ebook percuma ini sekarang dan anda juga akan dijanjikan diskaun sebanyak RM10 untuk projek yang akan saudara Mazlie lancarkan dalam sedikit masa lagi. Apakah ebook itu, saya sendiri tidak tahu..kita tunggu bersama-sama. Yang pasti, ebook yang bakal dilancarkan akan menyelesaikan masalah pengguna web. Sila kunjungi blog beliau Mazlienadzri.com untuk dapatkan update terkini projek tersebut. Untuk dapatkan ebook percuma Panduan Laman Web Berkualiti dan Interview Bersama Smartzul, sila klik di sini.
Popularity: 61% [?]
Menang Sony PlayStation 3 + Satu Game Pilihan Anda
May 10, 2008

Sudah lama saya idam-idamkan playstation 3 ini semenjak saya terpaksa menjual playstation 2 saya tahun lepas. Saya memang hantu game. Sebut sahaja apa-apa game..GTA, Final Fantasy, Metal Gear, Gran Turismo…semua saya dah main dan ada juga diantaranya saya sempat habiskan. Cuma saya tak sempat nak main Guitar Hero huhu….
Jika anda juga hantu game seperti saya, bolehlah melawati blog Blog Oh! Blog untuk memasuki pertandingan memenangi Sony PlayStation 3 yang bernilai $399.99 + satu game pilihan anda bernilai $59.99 (wah! game original).
Pertandingan ini adalah pertandingan Lucky Draw, jadi sesiapa sahaja boleh menang. Ia berlangsung selama sebulan dan pemenang akan diumumkan pada 21 Mei, 2008 (masih ada peluang).
Cara untuk menyertai adalah mudah sahaja:
- Pastikan anda mempunyai blog, dan buat satu pos ulasan mengenai blog Blog Oh! Blog (bukan mengenai pertandingan) termasuk satu link ke pertandingan tersebut.
- Ulasan tersebut mestilah di dalam bahasa Inggeris dan mempunyai minimum 200 patah perkataan.
- Komen mengenai pertandingan tersebut di pos pertandingan dan pastikan anda beritahu si Jai (admin Blog Oh! Blog) link ke pos ulasan yang telah anda bina di blog anda.
- Langgani RSS Feed Blog Oh! Blog
- Seorang blogger hanya berhak menghantar satu penyertaan sahaja. (Boleh je pakat dengan suami, isteri atau satu keluarga buat pos di blog masing-masing :D)
Pada 21 Mei, 2008, Jai akan umumkan blogger bertuah yang memenangi Sony PlayStation 3 tersebut melalui email. Segala penghantaran semua Jai yang uruskan dan beliau akan pastikan ia sampai ke depan pintu rumah anda dengan selamat.
Jadi jangan lepaskan peluang memasuki pertandingan yang amat mudah ini dan menangi Sony PlayStation 3 + Satu Game Pilihan Anda.
Popularity: 100% [?]
Tun Dr. Mahathir Pun Sudah Ada Blog Sendiri
May 9, 2008
Salam sejahtera semua,
Betapa pentingnya penggunaan blog sekarang hinggakan bekas perdana menteri kita, Tun Dr.Mahathir pun sudah ada blog beliau sendiri iaitu di www.chedet.com. Beliau yang hanya menggunakan perkhidmatan blogger dan berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris.

Jika dilihat pada post pertama beliau, maklum balas komen yang diterima ialah sebanyak 1000 lebih!! Pos terbaru beliau iaitu pada hari Rabu, 7 Mei 2008 sudah pun menerima komen sebanyak 100 lebih dalam satu hari dan menerima lebih dari 8,000 jumlah pelawat. Fuh, blog saya sendiri susah nak dapat satu komen
Tun Dr.Mahathir menggunakan blog sebagai medium komunikasi beliau menyampaikan pandangan bersama rakyat Malaysia dan luar negara. Secara tidak langsung beliau membina satu pertalian perhubungan yang lebih rapat antara beliau dan rakyat secara online. Satu artikel beliau boleh disampaikan kepada beribu-beribu rakyat dan rakyat akan sentiasa melawat website beliau untuk mengikuti perkembangan Tun Dr.Mahathir.
Dapatkah anda lihat betapa pentingnya blog? Bayangkan jika anda menggunakan blog bagi medium komunikasi anda bersama pelawat dan pelanggan anda mengenai business dan perkhidmatan anda. Bukankah itu merapatkan lagi pertalian perhubungan anda dengan pelanggan anda dan membina kepercayaan mereka terhadap anda?
Apabila anda dikenali dan dipercayai, mudah sahaja anda mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan online, mulalah mempelajari cara membina blog. Berbanding dengan pembinaan website biasa, pembinaan blog adalah jauh dari lebih mudah hinggakan orang yang tiada asas html, programming dan sebagainya juga mampu membina blog mereka sendiri. Percayalah! apabila anda sudah berjaya membina blog, anda sendiri akan menemui pelbagai fungsi blog dan rahsia menjana pendapatan di Internet melaluinya. Apabila anda aktif dengan blog, anda sendiri akan mengetahui apa itu google adsense, affiliate program, ebook dan macam-macam lagi yang anda sendiri tidak pernah terfikir. Malah anda mungkin boleh menawarkan khidmat membina blog kepada orang ramai kerana anda sendiri telah mempunyai pengalaman membina blog.
Jadi mulalah langkah pertama perniagaan di internet dengan membina blog. 20,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat dibina…Tun Dr.Mahathir pun sudah ada blog sendiri, anda bila lagi?

Popularity: 64% [?]
Kad Perniagaan salah satu marketing tool?
May 3, 2008
Salam sejahtera semua,
Pagi ini saya telah menerima kad perniagaan atau lebih dikenali sebagai ‘business card” yang saya telah tempah dari Mycreativeprint.com. Memang cantik dan tersusun rapi di dalam card case. Bagi saya RM45 untuk 250 keping adalah terlalu murah kerana sebelum ini pun saya pernah tinjau-tinjau di tempat lain dan harganya jauh lebih mahal. Anda boleh lihat kad perniagaan saya di bawah.

Design kad tersebut adalah design saya sendiri. Jika anda menempah dengan Mycreativeprint.com, anda boleh menghantar design anda sendiri atau biarkan sahaja mereka designkan untuk anda. Anda boleh membaca maklumbalas dari pelanggan mereka di forum WangCyber.
Kenapa Luvlee bersusah payah membuat tempahan kad perniagaan?
Kebanyakan orang menganggap ia hanyalah satu keping kertas yang mempunyai nama, alamat dan sebagainya tetepi sebenarnya kad perniagaan merupakan salah satu marketing tool yang amat penting. Anda berjumpa dengan klien atau pelanggan, anda berikan mereka kad perniagaan anda agar mereka akan mempunyai maklumat kontak anda. Anda pos produk kepada pelanggan, masukkan sekali kad perniagaan anda di dalam bungkusan. Anda pergi ke jamuan, perjumpaan atau seminar, anda berikan kad perniagaan anda kepada setiap orang yang anda jumpa. Lebih banyak kad perniagaan yang ada berikan kepada orang, lebih ramai orang akan membaca kad perniagaan anda dan menghubungi anda apabila mereka perlu perkhidmatan atau membeli apa sahaja yang anda pasarkan..
Tips mendesign kad perniagaan
Saya masih teringat ketika saya masih kecil, ayah saya akan bawa saya ke pejabatnya. Apabila saya di bilik pejabat beliau, saya akan membuka satu laci yang berisi longgokan kad perniagaan dari rakan-rakan perniagaan beliau yang berselerak. Saya akan mula menyusun kad-kad tersebut dan yang pasti saya akan letak kad-kad yang paling menonjol dan menarik perhatian pada satu bahagian, dan satu bahagian lagi adalah kad-kad yang saya rasa tidak menarik. Kemudian sehari selepas itu saya dapati ayah saya telah meletakkan kad-kad perniagaan tersebut di dalam album kad perniagaan beliau dan semua kad perniagaan tersebut ialah dari kad-kad yang paling menonjol yang telah saya susun. Walaupun kad perniagaan merupakan marketing tool yang penting, ia juga seperti seperti grafik, jika ia tidak menarik dan mempunyai ciri-ciri mudah baca dan tidak professional, orang akan mudah lupa kad anda. Jadi jika anda mendesign kad perniagaan, biarlah ia mempunyai ciri-ciri perniagaan anda.
Berikut ialah beberapa tips design kad perniagaan:
1. Logo
Pastikan anda memasukkan logo syarikat anda di dalam design kad. Jika anda tidak mempunyai logo, anda upah sahaja designer yang boleh mendesign logo yang bersesuaian dengan syarikat/produk anda.
2. Satu barisan slogan
Bina satu slogan yang akan membantu orang ramai mengingati perniagaan anda atau apa yang anda jual. Masukkan slogan tersebut di dalam kad perniagaan anda.
3. Masukkan alamat website dan/atau alamat emel anda
Orang ramai pasti ingin tahu alamat website dan emel anda agar mereka dapat mengetahui lebih lanjut mengenai anda/produk atau syarikat. Jika anda takut dengan memberi alamat emel akan menyebabkan spam pada emel anda, bina dua emel, masukkan satu emel di dalam kad perniagaan dan lagi satu emel simpan sebagai private emel untuk berurusan dengan rakan perniagaan atau kawan-kawan.
4. Masukkan alamat syarikat dan/atau no telefon
Seperti web jualan, jika anda masukkan alamat dan no telefon anda, orang ramai akan lebih mempercayai anda anda dan memudahkan mereka untuk terus menghubungi anda melalui telefon.
5. Pastikan kad anda mudah dibaca
Guna tulisan yang tebal dan mudah dibaca. Warna tulisan juga pastikan tidak tenggelam oleh warna latar belakang. Sesetengah orang berpendapat bahawa kad perniagaan yang warna latarnya gelap atau hitam akan lebih menonjol kerana tulisan di depan akan lebih menyerlah. Dan jika anda menggunakan warna sampingan, mungkin untuk border atau sebagai grafik sampingan, pastikan anda menggunakan warna merah kerana warna merah mempunyai lebih daya tarikan dan menarik perhatian.
Anda perlu ingat bahawa kad perniagaan anda bukan sahaja untuk menunjukkan hasil seni anda, ia adalah untuk memaklumkan apa yang ada lakukan dan bagaimana untuk orang ramai menghubungi anda.
Berikut ialah contoh kad perniagaan yang mementingkan hasil seni semata-mata:

Entah berapa tangan yang luka dengan kad perniagaan seperti ini.

Adakah anda akan membawa kad perniagaan ini jika anda pergi ke jamuan atau seminar untuk diberi pada orang ramai?

Sekali tiup dah terbang.
Namun terdapat juga kad perniagaan yang menunjukkan hasil seni tanpa meninggalkan ciri-ciri professional dan kena pada tempatnya..anda nilai sendiri dengan melihat gambar di bawah:

Radio Presenter menggunakan bentuk kad seperti mikrofon.

Doktor gigi menggunakan bentuk gigitan gigi pada kad perniagaannya.

Perkhidmatan membaiki piano menggunakan kad seolah-olah seperti bentuk piano.
Kesimpulannya, sama ada anda seorang designer, peniaga, blogger dan sebagainya, gunalah peluang membuat kad perniagaan kerana kad perniagaan adalah salah satu markting tool offline yang sememangnya berkesan dan memberi lebih keyakinan kepada pelanggan terhadap anda dan perniagaan anda. Berikan kepada setiap orang yang anda jumpa dan jangan takut untuk membazir kad perniagaan. Saya pernah terbaca satu penulisan yang berbunyi: Jangan salahkan produk anda jika tidak terjual tapi berfikirlah, berapa banyak kad perniagaan yang anda telah berikan kepada orang dalam sehari.
Salam kejayaan.
Popularity: 78% [?]



