Minisite Percuma!

March 1, 2008

Salam sejahtera,

Jika anda lihat pada Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan, saya telah sertakan Video ‘Bagaimana Membina Header Bagi Web Blog‘. Teknik dan trik dari video ini telah saya gunakan untuk membina sebuah minisite.

Minisite percuma

Klik di sini untuk melihat preview minisite tersebut

Anda boleh dapatkan minisite tersebut secara PERCUMA (PSD, image ecover, order button, footer dan html disertakan) di http://www.minisitegallery.com/blue-wave.html.

Pada mulanya saya telah memberi nama sebarangan bagi minisite ini iaitu ‘BlueDaaDee’ kerana terngiang-ngiang di telinga saya lagu ‘I’m blue daa daa dee daa..’. Tapi terima kasih kepada saudara Kidino kerana mencadangkan nama yang cantik bagi minisite ini iaitu Blue Wave. Ini adalah kerana theme minisite ini adalah berwarna biru dan header serta footernya saya bina seperti wave gitu hehe..

Jika anda suka minisite ini, bolehlah vote 5 bintang di sana..manalah tahu boleh menang;-)

Sila ke http://www.minisitegallery.com/blue-wave.html untuk mendownloadnya.

Popularity: 87% [?]

Cara Menukar Header Blog Wordpress

March 1, 2008

Salam sejahtera,

Hari ini saya ingin tunjukkan bagaimana mengubah header blog wordpress anda.

Lihat di dashboard wordpress di admin panel anda. Pergi ke menu Presentation dan klik pada theme Editor.

Biasanya secara default, anda akan nampak syle.css. Pada style.css inilah dimana anda akan nampak segala kod-kod yang membolehkan anda mengubahsuai blog anda.

Tapi sebelum itu, saya mahu anda lihat pada sidebar sebelah kanan iaitu theme files dan klik pada ‘Header’ file. Scroll ke bawah dan lihat pada:

<div class=”header”>

Jadi di sini terkandungnya image header anda. Dan lihat bagaimana header.php anda menggunakan class ‘header’ dari style.php. Ada sesetengah themes yang menggunakan class nama berbeza bagi bahagianheader, jadi pastikan anda periksa dahulu nama class yang digunakan pada header blog anda.

Kemudian pergi semula ke bahagian style.css dengan klik pada fail tersebut di sidebar kanan. Kita akan cari nama class ‘header’:

.header {

Dan lihat terdapat bahagian:

url(img/header.gif)

Jika terdapat .gif atau .jpg, maknanya itu adalah gambar header anda sekarang.
Upload header baru anda ke website anda dan ubah nama image dan lokasi jika lokasi anda upload dan nama yang diberikan pada image header baru anda adalah berbeza dengan yang lama.

Lihat pada saiz yang diletakkan iaitu pada witdh dan height. Pada width dan height anda boleh ubah saiz tesebut untuk ikut kesesuaian header baru anda. Mungkin saiz header anda lebih besar dari header lama, jadi boleh ubah pada width dan height.

Kemudian boleh terus save.

Bagimana nak buang text di atas image header?

Read more

Popularity: 81% [?]